Latest Update From Butterfingers
















1. Kami dengan sungguh berbesar hati ingin mengucapkan tahniah kepada direktor yang sungguh unik, berbakat serta yang bukan ‘tipikal’ iaitu Encik Kerol yang telah memenangi AIM Klip Video terbaik untuk ‘1000 Tahun’. Beliau tak pernah jemu membuat sesi ‘brain-storm’ berkali-kali sebelum merakam klip video kami. Juga tak lupa kepada Atomsk dan team Phuture Phlow, satu team yang ‘tight’ dan senang berkerja sama. Tak lupa kepada team Butterworld yang banyak mengharungi penat lelah tanpa berkira waktu. Terima Kasih & Tahniah.

2. Kami menerima banyak email tentang khabar-khabar angin yang menyatakan ‘pepecahan’ Butterfingers. Kami ingin menyatakan disini bahawa Butterfingers TIDAK pernah dan TIDAK akan berpecah, InsyaAllah. Pemergian Emmett & Keluarga ke Canada adalah atas sebab peluang pekerjaan dan Emmett akan KEMBALI bersama Butterfingers di masa akan datang. Emmett juga telah berpesan “I will always be a Butterfingers member and Butterfingers will always be part of me, Always!” Kami berharap agar anda semua berdoa akan kejayaan Emmett di perantauan.

3. Ada juga yang bertanya, “loQue dah tinggalkan Butterfingers ke?”. Seperti mana apa yang dihuraikan diatas, loQue juga TIDAK akan meninggalkan Butterfingers walaupun beliau sibuk dengan ‘side-project’ nya iaitu monoloQue. Sebagai ‘founder’, composer & penulis lirik utama Butterfingers, beliau akan terus memperjuangkan muzik Butter atau ‘butters sound’. Berita gembira, pada minggu hadapan, 9th May 2009, loQue akan menghadiri majlis ‘Convo’ di Berklee College of Music, Boston. Ia juga akan menandakan bahawa berakhirnya pengajian loQue di Berklee dan beliau akan mendapat ijazah sarjana muda atau “Bachelor’s Degree in Composition & Synthesis”. Beliau telah berjaya mendapat tempat ‘Dean’s list’ hampir setiap semester, selama 4 tahun di sana. Tahniah kepada loQue. Namun begitu, atas sebab-sebab peribadi & pekerjaan, loQue hanya akan pulang 3 atau 4 bulan dari sekarang.

4. Dengan ketiadaan loQue & Emmett buat sementara waktu, Kadax & Loko akan teruskan perjuangan & gerakan ‘Butters Sound’ dan mereka akan menyertai beberapa ‘show’ atau persembahan di semenanjung Malaysia. Nantikan kemunculan mereka.

Kami dari team Butterworld, ingin sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda semua dan kami akan sentiasa memaklumkan berita berita Butterfingers dari masa ke semasa. Butterfingers akan sentiasa membuat kejutan untuk anda! Sokonglah pergerakan Butterfingers!

0 comments:

Post a Comment